Info : Gaia Application


Actually dah lama aku nak tulis pasal application ni. Setakat hari ni aku rasa application ni yang paling mudah untuk digunakan dalam navigasi didalam hutan. Sebenarnya ada je application lain yang boleh digunakan cuma aku still prefer Gaia sebabnya..

1. Ringan dan tak perlukan space yang besar.
2. Tidak memerlukan data, off data dia still akan berfungsi.
3. Jimat bateri handphone.
4. Mudah digunakan.
5. User friendly.

Actually aku plan untuk wajibkan semua peserta game aku untuk pakai application ni supaya kita boleh meminimumkan kes sesat barat. Secara jujur, ramai face issue dengan gpx watch dimana kaedah penggunaan agak complicated. Dengan limited screen dan fucntion lagi. So Gaia application ni mudah, install dalam phone, download gpx file dan terus boleh guna. Even boleh nampak dengan jelas dalam topo kalau kita off track. 

Selain dari game, application ni pon very usefull untuk hiking, offroad biking, navigation dalam pekan etc. Seriously, kalau sesat gak aku rasa elok ubah sukan, maybe main dam ular je. 

So how to use this application.

1. Download and install
Boleh download dari Apple store or Google Play.









2. Upload GPX file
Dapatkan GPX file. 
Click button + 
Select GPX file (contoh Bah Gading)
Upload.
Done.





3. Record movement
Click button tengah sebelah + untuk adjust current location.
Tekan Record (button hijau paling kiri atas).
Bergerak dan dia akan tunjukakan pergerakan kita didalam screen phone. 



Sepanjang kita bergerak kita boleh lihat detail dan data pergerakan kita.
Click TRIP.

Kelajuan
Pace
Moving Time
Stop Time
Elevation
Current Location (Coordinate)
Pergerakan Matahari
Elevation Movement





Untuk Stop Record, tekan sekali lagi button hijau paling kiri dan screen bawah akan keluar. 
Boleh PAUSE, FINISH TRACK (Save) dan DELETE track.



Untuk Save, tekan FINISH, bagi nama. Done



4. Detail dan data
Click Saved
Boleh lihat balik semua data yang telah di simpan.






5. Lain-Lain features
Discover
Boleh cari track yang kita nak dan di advise track terhampir dengan kita.



So game pertama yang akan pakai nanti adalah King of Kampung Kemensah dan insyallah game yang lain juga like Putrajaya 100 dan Patriot 200. Aku encourage organizer lain pon boleh consider untuk pakai application yang sama. Kita boleh elakkan kesesatan kejalan yang dilarang.

Ole.

Info : Gaia Application Info : Gaia Application Reviewed by kuchalana on 1:19 PM Rating: 5
Powered by Blogger.