28 Bukit Yang Boleh Dipanjat Sekitar Lembah Klang.


.
Hari ni aku nak share beberapa input tentang tempat2 yang boleh dipanjat, diredah untuk latihan atau letihan. Orang kata tak perlu nak drive jauh2, kat belakang rumah je.
.
Broga Hills, Semenyih
Ni favourite spot aku sebab dekat dengan rumah. Ada 5 peak, max elevation dalam 400m dekat peak 5. Parking senang, makan pon ada kedai kat trailhead. Kalau musim lalang tinggi, memang cantik. Kene musim orang hilang, habis semua lalang jadi tak cantik. Track sesuai untuk semua usia dan semua peak ada view yang cantik.
.
Bukit Apek @ Bukit Saga, Cheras
Track ni agak popular dan dekat dengan KL. Nama dalam topo Bukit Saga tapi dapat nama Bukit Apek sebab ramai cina tua hiking sini. Ada banyak jalan masuk so kita kene paham track ni betul2. Track agak pacak dan banyak jalan tikus. Kalau xmahir, problem sikit tuk kita really enjoy the track. Ada waterfall sekangkang kera but cukup la untuk sejukkan badan. Track tidak sesuai untuk kanak2 dan peak tidak ada view.
.
Bukit Ayer Hitam, Puchong
Ni hutan simpan dan tanah kajian UPM. Ada sikit kawasan luar yang dibenarkan untuk kita masuk. Ramai yang tau pasal 2 waterfall yang ada dalam track ni. Actually tak boleh masuk area ni kalau tak ada permit. Peak xada view and sesuai untuk semua usia. Track ni kalau sesat boleh bawak kita keluar ke UPM.
Bukit Dinding, Wangsa Maju
Ni jalan raya ke point pencawang. Agak mencanak. Sesuai untuk hill speed work or repeat or easy hike. Tidak ada view dan sesuai untuk semua usia. 
.
Bukit Besi, Cheras
Hampir dengan kem sungai besi. Laluan clear dan ada puncak yang mempunyai view yang cantik. Sesuai untuk easy hike dan leisure. 
.
Bukit Ketumbar, Cheras
Bukit ni sebelah Bukit Saga/Apek. Tak berapa tinggi tapi sesuai untuk leisure hike. Ada sikit view dan sesuai untuk semua usia.
.
Bukit Nenas, KL
Ni dekat sebelah KL Tower. Tidak ada view tapi sesuai for leisure hike. Ada jambatan gantung dan some information center dekat sini. Ada banyak sejarah lama dekat bukit ni. Sekali sekala pi la visit.
.
Bukit Gasing, KL
Track ni dekat PJ. Agak terjaga dan dalam persekitaran terkawal. Track ni dalam kawasan perumahan. Pagi memang ramai orang sini. Ada certain part agak technical. 
.
Bukit Kiara, KL
Track ni agak mencabar at certain part. Runnable and ada view at certain part. Agak ramai waktu pagi dan petang. Persekitaran kawasan perumahan.
.
Bukit Melati, Nilai
Ni track baru muncul setahun dua ni. Track dia well maintain by local. Ada few track dalam ni and kita kene alert pada peta dan marker yg disediakan. Agak mencabar at some place. Ada view at some place. Track ni keliling kawasan perumahan so agak menarik.
.
Bukit Rupa, UKM
Bukit ni kecik je tapi ada beirut. Betul2 dalam UKM, kalau easy hike geli2 ok lah. Another choice kan.
.
Aku bagi lagi few more extra kalau berani nak redah. 
.
Bukit Tabur, Melawati
Nama lain dia Bukit Hangus. Track ni dah ditutup kalau xsilap but ada je orang naik. Ada 3 track dengan difference challenge, view and package. Tabur West, Tabur East and Tabur Extreme.  Track not for all, for newbie aku tak galakkan, kanak2 apa kan lagi.
.
Bukit Batu Condong, Kemensah
Ramai tak tau dekat Kemensah ada banyak bukit. Hidden gems orang kata. So track ni masuk melalui ATV kemensah. Tak berapa susah, short and easy hike sahaja. View menghadap empangan Klang Gate. 
.
Bukit Batu Kumbang, Kemensah
Track ni boleh masuk melalui Kemensah atau Sg Congkak. View dekat peak 180 darjah. Kalau ikut kemensah akan jumpa 2 big waterfall. Not for everyone. Track agak “kasar”.
.
Bukit Cenuang, Ulu Langat
Bukit ni adik kepada gunung nuang. Terletak di Sungai Congkak. Track agak mencanak. View 180’. Bukan untuk semua track ni dan agak mencabar.
.
Bukit Tonggek / Malas / Roket / Dogol/ Repin / Merah/ Korea, Kemensah
Ni lagi satu bukit2 yang ada dikemensah. Selalu kalau runner or hiker yang ke trail kemensah akan lalu semua bukit ni. Kalau ke Lubuk Tedung akan lalu Bukit Tonggek, Bukit Malas dan Bukit Roket. Kalau lajak ke pondok rnr, akan lalu Bukit Dogol, Bukit Repin, Bukit Merah dan Bukit Korea. Semua bukit ni xda view. Track ni not for everyone.
.
Bukit Kembara, Ampang
Track ni agak pendek tetapi sedap. Berada didalam kawasan taman perumahan. Ada empangan, view agak cantik kawasan ni. Ada banyak jalan masuk dan kene hati2. Track sesuai untuk semua usia.
.
So ada banyak pilihankan. Aku tak bagi details info macam distance, pintu masuk, ketinggian else entry ni akan jadi 100 muka surat. So sila google dan jangan malas2. Study the track properly. Bukit lain yang korang boleh gak cuba kalau berminat, kita ada Bukit Bintang, Bukit Petaling, Bukit Indah. Ni semua dah jadi kawasan perumahan dan naik bangunan dah.
.
Kalau anda ada tau mana2 bukit disekitar Lembah Klang lain dari list ni, boleh share kat sini. Mana tau ada bukit yang sedap untuk dinikmati bersama2. Aku ada cadangan, set few days and try redah all this bukit. Either compress for one day few hills or buat satu tiap minggu. Baru rasa. Apa lagi tunggu, angkat sauhhhhh.
.
Ole.

*****
Tambahan dari feedback kawan2

1. Bukit Aman, KL
2. Bukit Tunku, KL
3. Bukit TM, Wangsa Walk
4. Bukit Chinta, UM
5. Setia Alam Trail
6. KDFC, Damansara
7. Bukit Melawati, Kuala Selangor
8. Bukit Jugra, Banting
9. Bukit Tajoh, Kemensah
10. Bukit 18, Semenyih
11. Bukit Sapu Tangan, Bukit Cerakah

28 Bukit Yang Boleh Dipanjat Sekitar Lembah Klang. 28 Bukit Yang Boleh Dipanjat Sekitar Lembah Klang. Reviewed by arman on 7:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.