Akhirnya KOSL menjadi kenyataan. Selepas
perancangan yang amat panjang, KOSL berjalan dengan baik keseseluruhannya pada
9 August 2015 di Sungai Lembing. Laporan ni aku dah tulis beberapa hari selepas
game ni habis, tetapi aku tahan dulu sebab nak tengok feedback keseluruhan
supaya aku dapat berikan laporan yang adil.
Hari ini banyak maklumbalas yang kita perolihi samada
maklumbalas membina atau yang mencela. Itu perkara biasa dalam setiap game yang
kita buat. Kita percaya, tidak akan ada game yang sempurna. Tidak kisah lah
kita dalam pasukan terbaik atau mempunyai perancangan terbaik pasti akan ada isu
disana sini. Yang paling penting, asas dan objektif game dicapai dan yang
teratas dalam carta kami amat pasti tentang “KESELAMATAN”.
Jadi KOSL adalah penutup kepada King Series untuk
tahun 2015. Dari King Of Bukit Larut (KOBL) pada bulan April, King of Kemensah Trail (KOKT) pada bulan May dan
King of Sg Lembing (KOSL) pada bulan August. Perkembangan setiap game berjalan
dengan baik seperti dirancangan. Jadi KOSL adalah kemuncak kepada King Series
dengan tambahan satu kategori baru 50KM dengan ketinggian keseluruhan 1100+-.
Pada yang tak perasan, keseluruhan King Series ni amat
kejam tetapi leisure. Dari KOBL yang mempunyai 1600m elevation gain, sampai ke
KOKT yang mempunyai total trail naik dan turun sampai la ke KOSL yang mempunyai
turun naik yang lebih kejam keseluruhannya. Pada yang hadir kesemua game akan nampak
perbezaan keseluruhannya dan kita ada special T untuk mereka yang hadir untuk
kesemua series yang kita ada.
Kita berbalik pada KOSL. Dari awal sebenarnya aku
dah agak kita akan dapat banyak maklumbalas (pro and cons) tentang KOSL
terutama dalam kategori 50KM. Pertamanya ini pertama kali dalam King Series
kita ada jarak ultra dimana aku pasti pelari yang ikut game kita sebelum ni nampak
kita buat game selalu dalam format yang mudah kecuali yang ini. Sebenarnya aku
dah tekankan banyak kali, samaada dalam page KOSL atau email sehingga lah
kepagi sebelum game bermula. Sebabnya
1. Laluan dia mmg amat kejam. Berbukit bukau disana
sini.
2. Cuaca tropika yg amat panas dekat sini lepas jam
10 pagi.
3. Cutoff yang ketat dan tiada finisher goodie pada
yang capai cutoff.
4. Minimum support (xda makan dan air sedap, yg
kita kasi dalam game tu minimum such buah and air manis) seperti yang tertera
dalam game info.
Setakat ini tiada masalah dengan kategori 10KM and 21KM dimana kita boleh lihat pelari2
yang hadir kuat-kuat belaka. Pemenang pertama 10KM sampai dalam 45 minit sahaja
dan 21KM sampai dalam 1jam 45 minute. Dengan bukit bukau dan kelajuan yang ada,
memang amat mengujakan. Memang tabik spring lah aku kasi. Best part semua depa
ni jenis low profile dan xla popular dalam dunia larian Malaysia. Actually ni
bukan 1st time. Dekat KOBL pon kita ada jumpa such low profile runner and dpa
prefer main game kampung macam ni ja.
Untuk 50KM, surprising Men Veteran kita nobatkan
sebagai KING this round. Kalah orang muda. Sub 5h 30m. Salute to bro
Munintaran. Aku boleh kata dia ni dah berada dalam pasukan elit. Selalu menang
dalam local ultra scene. Terima kasih kerana sudi hadir dalam game kami. Muni
dulu agak lantang dalam mengatakan tentang game kami Putrajaya 100 Miles tetapi
dari masa ke semasa kita dapat menerima perbezaan pendapat dengan baik.
Sehingga kita boleh lihat kehadiran beliau di KOSL. Ada banyak surprise lain
yang kita dapat. Ramai muka-muka tegar dan dikenali hadir diKOSL untuk memeriahkan
majlis. Kita ada legendary Seow Kong, old tie Abe Yim, Jeff Oii, Mun Ngai,
Ewegine Tan, Fuji Loh, YK dan ramai lagi yang kita consider sebagai idola
didalam dunia ultra Malaysia. Aku just state few name ja sebab terlalu ramai
yang jenis sensitive sekarang ni dalam dunia ultra ni, kang kata xsebut nama.
Aku boleh kata macam gathering our local ultra runner dalam game kampong kita
kali ini.
Selain dari semua ini, ada satu perkembangan baru yang
aku nampak amat menarik. Kita ada few new podium runner. At 10am aku dpt update
yang Cikgu Lim tengah leading lepas dari CP2 dan keluar ke 2nd stage. So mmg
amat supprise sebab dia depan bro Muni. Insyallah dgn dedikasi Cikgu Lim akan
berada dalam kelumpuk elit satu hari nanti. Berusahalah. Bukan beliau sahaja,
ada few lagi new local runner yang aku yakin dapat membuat kejutan suatu hari
nanti.
Antara perkara menarik lain yg berlaku.
1. Zack50KM
Few days sebelum game, kita telah diberitakan
dengan pemergian sahabat kita. Actually mood aku amat tidak best lepas hal ni.
Sebab dia dgn kita dekat PINK50, selang few days dia dah tak da. Dia punya
beria training for KOSL dan ended dgn berita sedih. So kita namakan kategori
50KM as KOSL ZACK50KM sebagai ingatan keatas arwah.
2. Support ketat dari authority
Ini kali pertama kita dapat support penuh dari
authority. So masa meeting tu, dekat 20-30 orang dalam meeting. Sebabnya game
kita selalu format kampung je. So bila dpa start kata nak ada live band, nak
ada macam2 so kami jadi blur kejap. But alhamdulillah all those come under
them. So respect dengan authority Sungai Lembing dan Kuantan keseluruhannya.
Jadi kita tengok pulak feedback yang kita perolihi
sepanjang game ni. Valid ketidak valid aku akan state jugak dkt sini so kita
boleh berfikir sendiri. Almost all feedback ni dari 50KM category dan so far
tiada feedback dari kategori lain.
Feedback
1. Air x cukup at CP3 and CP4
Aku akui ada berlaku sikit hickup dekat cp3 dan
cp4. Air masuk sebenarnya dikira dari kuantiti setiap org yang akan minum.
Things happen bila ada runner yg amek berbotol2 buat mandi dan basahkan badan.
So kita xcater untuk hal mcm ni. Silap masih jatuh pada volunteer kita yg
xmengawal bende mcm ni. But runner kita ada hantar air disepanjang trail dengan
motor dan truck. So pada aku keadaan masih terkawal.
Ada plak rumor kata volunteer suruh runner minum
air sungai dan ada yg kata air sungai dihidangkan. Dari siasatan kita perkara
ni tidak berlaku. Lepas go through some ppl yg duk sibuk canang perkara ni baru
kita tau mereka ASSUME air sungai but it not air sungai. So issue ni bukan
genuine issue. Kita ada dapatkan feedback dari last runner yang keluar dari CP4
dan kita dapati air memang habis diCP4 but not CP3. Tetapi, last runner ni
bawak hydration beg dan katanya, 1.5 liter air yang dia isi xhabis pon bila sampai
balik ke CP2 (uturn). So ada 2
kemungkinan dari feedback yang kita dapat pasal air habis ni.
aa. Kita
xpandai manage penggunaan air sepanjang 14KM ni (CP2 to CP4 and back)
bb. Kita
xbawak bekalan air yang cukup (ada gambar kita jumpa ada runner lari hanya
bawak botol air 500ml). Best part this group of people yang buat bising paling kuat.
So another improvement kita akan letak for future game. Kita akan check all
mandatory item 30 minute sebelum game start. Xboleh masa game dah jalan (at
specific CP seperti yang dirancang) atau sehari sebelum game. For sure jadi
macam ni. Actually kita agak surprise bila ada jugak orang yg xnak ikut safety
requirement yang kita letakkan.
Satu lagi perkara penting yang perlu kita tau, this
is ultra, so kita kne prepare all worst scenario termasuk kalau perlu minum air
sungai sekali pon. Dptkan ilmu pasal survival skill. Air mengalir xbahaya untuk
diminum. Dalam islam, air yg xboleh diminum adalah air yg berubah rasa, bau dan
warna. Air mustakmal dan seangkatan dengannya boleh je minum, ini termasuk air
sungai. Xtau apa yg pelik kalau kne minum air sungai (this is worst scenario
kalau sesat or betul2 dehydrate).
2. Makanan dah habis for back group and xda air
sedap
Dalam game info, kita xda letak pon pasal makanan
dan air sedap. So apa yg kita letak adalah extra dari apa yang kita state dalam game page. Itu term terpenting
yang kita kne paham. Dari feedback volunteer dan gamba2 yang kita dapat actually
xda pon makan habis. Yang jadi habis bila kita duduk macam kenduri dekat CP dan
makan apa yang ada. In ultra kita berlari kejar masa. Touch and go. Bukan kita
duduk mcm makan kenduri. Makanan like power gel or any related food perlu
dibawa sendiri. So another improvement yang kita perlu letakkan dalam game info
next time.
3. Tight cutoff dekat CP2
Actually aku dah state bende ni dalam email, dalam
page, even sebelum game aku ada buat briefing pasal hal ni. The main reason
pasal cutoff is safety. Last truck keluar bawak pelancong dari air terjun
pelangi at 11am. So by 12pm laluan hutan tu dah xda orang. So sebab tu kita ltk
cutoff dekat situ. Kalau apa2 berlaku dalam trail ada org dgn kita. Sebab lain,
2nd stage for next 20KM is much more susah. Rolling hill all the way. So in
ultra jarang orang boleh buat - split. So sebab tu ada cutoff situ.
5. No medal and T at finishing line for those not
met the cutoff time
Ini standard lah mana2 game pon. Kalau xmeet
cutoff, status DQ. So mmg xkan ada finisher item. Ni sampai ada yg nak report
polis. Nak tergelak pon ada.
6. Kene naik truck for all yg xmet cutoff
Ada yg complain kata malu kne naik truck and jadi
bualan bila truck turun dkt finishing line. Actually truck patut xbawak runner
keluar. Itu term kita dengan transport team. Tapi dpa bantu bawak jugak keluar.
Perkara lain yang aku dpt dari gamba2 dalam FB
1. Some runner not comply with mandatory item.
Worst yg lari dengan air botol 500ml ni. Actually kita xcheck awal2 sebab kita
nak tgk akal group2 ni. kita akan check at CP2 masa dekat 30KM sebab point tu
je pon yg boleh move all this ppl keluar. So nampaknya mmg group ni cari
penyakitlah. Picture will not lie.
2. Kita dapat tangkap hantu lari dalam shorter
category. Siap amek makan lagi. Lepas dapat tangkap terus dia mengaku xda bib.
Sikit pon muka xda rasa bersalah.
3. Request macam2 kita dapat. Nak Coke ais, nak
cendol dekat CP, nak bus aircond for DNF, nak toilet tiap 5KM, nak CP tiap 3KM
etc. So dengan fee RM120 aku xpasti boleh ke idak kita sediakan macam2. Kalau
diikutkan game lain or luar yang bergrade yg sama, fee untuk game macam ni
selalunya start from RM200 to RM250. So maybe kita kne naikkan lagi harga untuk
cater all this request.
4. Volunteer. Kita ada face issue dengan local volunteer. Ini antara perkara yang menimbulkan beberapa masalah. Problem bila kita terlalu bergantung dengan local support. KAlau nak bawak dari KL, kne fikir plak kos yang terlibat. So more improvement require part ni.
a. Ada main junction di dalam bandar volunteer hilang. Agaknya sebab rumah dekat depa main blah macam tu ja. So it cause few issue like fast runner terlepas simpang dan some place mcm jambatan gantung xda orang jaga.
b. Datang lambat. Ni pon satu lagi hal sebabkan kita short volunteer at some place.
4. Volunteer. Kita ada face issue dengan local volunteer. Ini antara perkara yang menimbulkan beberapa masalah. Problem bila kita terlalu bergantung dengan local support. KAlau nak bawak dari KL, kne fikir plak kos yang terlibat. So more improvement require part ni.
a. Ada main junction di dalam bandar volunteer hilang. Agaknya sebab rumah dekat depa main blah macam tu ja. So it cause few issue like fast runner terlepas simpang dan some place mcm jambatan gantung xda orang jaga.
b. Datang lambat. Ni pon satu lagi hal sebabkan kita short volunteer at some place.
Keseluruhan, aku rasa KOSL still cover all basic
need dan yang diperlukan seperti tertera dalam game info. Byk additional item
kita kasi out from the package. Kita pon try letak new standard for ultra dalam
setiap game kita. Kita selalu go for development game and this round maybe
runner agak terkejut dengan new format. Tu selalu aku tekankan baca dulu
sebelum enroll.
So move on. For now there is a request to extend the
route. Probably we will extend the route to make it total trail sampai ke Gunung
Tapis. We can get around 70KM with 2500m elevation gain. So let see what will
we have next year. And for all those feedback, insyallah all kita dah compile and we will come with more better package and format next year. Game ni baru je setahun jagung, kalau nak compare dengan game yg dah berpuluh tahun dalam market pon aku rasa mcm2 masalah ada and worst basic needs lagi ada isu game lain tu. So kita masih ada byk ruang untuk improvement untuk KOSL. So insyallah, kita akan berikan yang lebih baik in next edition.
Ole.
* Picture Credit to HL Tan, Abe Yim, Shamsul Azdrin, Atikah
Race Report - King Of Sungai Lembing 2015
Reviewed by kuchalana
on
8:06 AM
Rating:

No comments:
Post a Comment