Islamic Banking Malaisi, Islamic la sgt

* Satu lagi pandangan radikal

Aku dah lama nak mengata pasal islamic banking ni. Korang rasa islamic banking yg kita ada skang kat malaisi ni (bukan kat timur tengah) islamic atau pon tidak. Secara amnya kita boleh katakan tidak. Terpulang la korg nak kata apa. Byk blog dan org2 pandai agama mengatakan islamic banking dimalaisi ni berat seblah dan menguntung pihak bank ja. Sinih aku kupas skit dan korg pikir sendri.

Dalam konsep urusniaga islam, apa saja urusan jual beli perlulah dipersetujui dan menguntungkan kedua2 belah pihak selain tidak menyusahkan atau menganiaya mana2 pihak. Its win2 situation. Jadi kita tgk konsep islamic bank dimalaisi ni yg digemburkan2 sbagai islamic sgt tu. Korg tgk ja dia punya pulangan keuntungan atau bunga dalam bahasa bank konvensional. Klu rumah it can go up to 9% a year where else bank biasa cuma 6% a year. 3% lebih a year (aku amek average ja). Skang ni yg bank biasa 6% pon dah untung banyak dah. Napa islamic bank nak amek satu kali ganda lagi keuntungan yg ada. Maknanya dia 2 kali untung dari bank biasa. Tu dah kira 2 kali riba dari bank biasa. Same to mana2 loan yg lain cam kereta dan sebagainya. Pada aku rate dia patut lebih rendah atau sama dgn konvensional bank yg ada dipasaran. Baru btol2 win2 situation. Alasan diberikan konventional bank rate bleh berubah2 mengikut keadaan ekonomi semasa dan BLR. Then klu ko fix 6% pon bukan ko rugi, ko still untung apa.

Ada satu kes pasal mamat ni beli umah. Pakai islamic package. Konsep dia bank beli umah tu tuk dia pastu mamat ni kene beli balik ke bank dgn rate yg dipersetujui. Harga rumah dalam RM200K. Bank cuma upkan pada developer only RM10K pada awal pembelian sampai umah siap baru bank bayar abis pada developer. Tah camna rumah tu xsiap2 sampai 5 tahun. Mamat ni kene bayar dkt RM1500 sbulan slama 5 tahun dan rumah xsiap. Jadi mamat ni pi bank dan mtk cancel loan. Futhermore bank cuma bayar RM10k ja pada developer yg kantoi tu. Kene lak mamat ni dah bayar dkt 5 tahun kat bank jadi amount tu dah bleh cover lebih dari RN10K yg bank bayar ke devloper tu. Tau apa bank yg kunun islamic ni ckp. Dia kuarkan surat lawyer dan paksa mamat ni bayar balik pada bank RM600K tuk harga current rumah tu. Pada aku yes bank can do and say anything about the agreement but don't put this case in islamic term. Korg letak ja nama product ni bukan islamic. Sbbnya korg dah aniaya mamat ni. Dah la umah xsiap, korg tekan dia lagi sampai setengah juta harga rumah tu. Then korg pon just byr RM10k ja dari harga rumah.. korang xrugi apa2 pon klu cancelkan agreement tu. Tu pasal islamic banking is not about mutanakisah or al bainah ja.. it about flexiblelity dalam kes2 mcm ni.

Nih korg buat term2 dalam paper ja, pastu bila ada kes2 penganiayaan mcm ni korg xtgk balik "ISLAMIC" yg korg sbut2kan. Malu btol aku ngan perkara camni. Yg bangsat depa2 ni leh lak ckp, klu mahal pi la bank biasa yg ada riba tu. Nak ja aku tepok2 mamat2 yg berkopiah tu. Bangang mcm apa. Korg xsedar ka korg makan duit haram atas penganiayaan pada org lain. Islamic la sgt. Tuihhh...

Klu nak compare Al Rajhi Bank, korg leh tgk perbezaan dia. Yg jadi masalah, depa ni foreign bank, jadi so call "interest" mmg kene tinggi sbb depa kene cukai melampau dari gomen. Tapi dari sudut lain depa kasi additional dalam product depa. Contoh kasi insurance dan flexibility dalam beberapa perkara. Xda la klu kata A, akan jadi A ja mcm certain islamic product dari local bank. Jadi korang leh pi tgk kat few2 blog ahli agama kita dalam kes islamic bank ni. Sana depa akan terangkan lebih detail.

Anyway, klu dah nama dia bank kat malaisi ni, dia akan pusing gak kot mana tuk kenekan kita. Kene ingat tu sampai bila2. Xkira la islamic xislamic. Jgn cepat tertipu. Aku pernah involve ngan product team tuk bank and insurance, jadi aku tau la tektik dan teknik depa ni. Jgn percaya sgt depa ni. Kekekeke.

Ole.
Islamic Banking Malaisi, Islamic la sgt Islamic Banking Malaisi, Islamic la sgt Reviewed by kuchalana on 9:03 AM Rating: 5

8 comments:

m@m@ m1mi3 said...

alangkah indahnyer kalo leh beli sumer barang dengan harga cash.. tapi tu ar... aper kan daya...

malaysia skang ni nak kejar sangat nama islamic country.. walhal perlaksanaan tak seISLAMIC sangat pun.

kalaulah pemimpin kita mampu menghandle negara dan ekonomi kita dengan bijak, ikut panduan yang ditinggalkan nabi kita... alangkah indahnya...

su h a i da said...

hmm.. nak buat macamane kan.. bank islam baru tukar logo tahun lepas kan? huruf 'k' tu macam bukan huruf 'k' - tak clear. so nampak seimbas lalu macam "BAN ISLAM", dengan simbol bulan antara dua perkataan tu. huhu...

btw, pasal ur comment.. org TM sendiri yg buat macamtu pada sy. boleh ke report kat TM? baca peneranganku disini. :)
org TM tu... haha~ sure dia lindung pekerja dia tu kan.. btul tak? huhu~ sedih cukop.

kuchalana said...

mamamimi - wei.. ko ok ke.. blog ko berat la.. lama wo baru dpt masuk.. byk sgt "mende2" ko letak la..

suhaida - report ja TM.. they will bring the case to management..

WANIE said...

maka saya dengan ini ingin membuat pengakuan bahawa saya amat bz mmg xsempat nk baca entry panjang ni weh sbb nak kene menjiwai kan kan kan.

sok2 bile xbz aku baca ;P

m@m@ m1mi3 said...

aku ok.. da tukau kaler2 tu. heheheh

kuchalana said...

wanie - akakkakaa... ko jgn la busy sgt.. sian abg hang kat umah tu.. babas busy dia nih...

mamamimi - aku slalu sangkut nak masuk blog ko.. lama giler..

Anonymous said...

Memang betul, semua Islamic Banking caj "interest" lebih tinggi dari konvensional bank. Satu lagi, kalau ambik loan dari "islamic" banking dan katalah kita nak langsaikan loan lebih awal, tiada rebet yg beri. Siapa2 yg ada ambil loan dgn "islamic" banking tolong check contrak samada ada clause yg mengatakan rebet akan diberi kalau hutang dilangsaikan lebih awal.
Kawan Lama dari Allianz

kuchalana said...

kawan lama dari allianz - tau xpa.. siut ja.. kasi la nama.. kakaka

Powered by Blogger.