Aku Yg Majmuk

Aku kadang2 agak confius nak mendiskusikan tentang asal usul keturunan aku sbb byk sgt ranting yg missing. But it a good to know about our root. Aku masih menjalankan kajian lanjut tentang asal usul aku. Aku nak share skit hasil kajian aku ni. Aku nak anak2 aku tau dari mana drg datang.

Kita mulakan dari mak aku. Dia berasal dari kapar slangor. Tok aku seorang lelaki cina yg datang dari daerah Fujian, China. Dia naik tongkang diawal 1900 dan menjadi peniaga kayu bakau di klang. Dia ckp dia dtg malaya sbb nak memperbaiki nasib hidup dia dan dia mempunyai isteri dan anak2 yg kini masih berada di Fujian (kira keluarga tiri la). Nenek aku pulak sorang pure bugis dari daerah klang. Kira geng2 kabare waras ni la. Dia mempunyai 12 org anak dari suami pertama dan 3 anak dgn suami cina dia ni termasuk la mak aku. Camna drg jatuh cinta aku xtau la. Depa xsempat nak cite dan aku pon xsempat nak tanya. La ni kira aku masih mempunyai kerabat2 yg beragama buddha dan hidup dinegara China dan sedara2 jawa di klang. Mak aku anak no. 2 dan muka ala2 kecinaan dan pakcik aku yg bongsu plak klu dia xckp mlayu korang boleh ckp dia Jordan Chan (chicken dalam young and dangerous) pelakon dan penyanyi dari Hong Kong tu. Muka dah sebijik klu duk sebelah2. Kakak mak aku plak dapat la bahagian dari nenek aku. Muka jawa dan berkulit pure melayu.

La ni family dari tanah besar pernah datang dan bersuai kenal dgn family dari malaisi dan berkesudahan dgn process keep in touch yg biasa kita ada dgn sdara mara yg lain. Penah depa offer tanah dan ajak kami pindah ke China. Depa ni org2 kaya kat sana. Tpi yer la. Hujan emas di negara org, hujan batu negara sendri. Lain wo.. mau ni hau ma hari2 anak2 aku nanti. But dah darah dari sana, interest aku dan anak2 smua lebih ke arah itu. Cara pemakanan, movie, pemikiran, konsep hidup dan almost everything masih dipengaruhi oleh nilai2 kecinaan. Secara xlangsung la. Cuma silap tok aku ajar pakcik aku yg bongsu ja ckp cina (cina lbh sayangkan anak lelaki) dan anak2 yg lain cuma paham tapi xleh nak ckp cina. Kakak mak aku lagi best, dia boleh berckap tamil dan hindi. Slalu dia akan jadi translater klu bukak citer tamil. Mak aku plak smua dia paham + bahasa jawa. Cuma dia xleh nak ckp balik ja. Sampai ke aku, wo pu cher tau.

Citer bapak aku plak, penah skali dia pakai serban masuk umah, aku bleh xperasan dan aku ckp, "sory encik saya xmau bli karpet". Muka dia ada ala2 hero hindustan la skit. Aku pernah tanya mak aku camna mak boleh jatuh cinta ngan hero hindustan tu. Mak aku ckp, "dia ada karisma" chehhh... yakediyey.... Opah aku ada darah mamak. Mamak berkahwin dgn tuk aku yg pure mlayu. Adik beradik opah aku smua cikgu dan berskolah tinggi. Abang opah aku guru beso dan opah aku sendri bleh membaca walaupon umur dah nak masuk 90 tahun. Jadi family aku penuh dgn warna warni.

Klu ada family gathering, klu yg jawa turun, yg melayu turun, yg kecinaan turun, yg mamak turun. Hancur berderai gak la, riuh satu rumah. Sbb kdg2 mcm ayam dgn itik. Tapi seronok sbb cara pemikiran diorang xla mlayu semata but aku boleh kata as a BANGSA MALAISI. Yg lebih menyeronokkan bila smua turun dan celebrate things sama2. Nampak xda beza. Sbb ikatan kekeluargaan tu teramat la kuat.

Aku cuma tahu sejarah dalam 3 generasi sebelum iaitu dari bapak aku sampai ke moyang aku. Tapi aku nak tau lebih dari tu. But no one can tell me. La ni anak2 aku akan tau kisah 4 generasi dari aku ke moyang moyang dia. Aku nak drg tau dari mana drg asal dan berbangga dgn asal usul masing2. La ni aku baru dpt tau yg moyang2 lelaki aku sebelah ayah bukan melayu dari malaya. Dia datang dari indonesia dari zaman entah yg mana. Dan dia dipercaya terlibat dalam beberapa kes menentang penjajah di Pasir Salak. Klu baca sejarah negeri perak, kg aku di kg gajah adalah tempat pertama sultan muzaffar shah dari melaka mendarat di perak sebelum berakit ke Kuala Kangsar dan mendirikan kerajaan perak. Actually kg aku adalah tempat terakhir air pasang dari laut dari bagan datok dan kapal besar boleh lalu sampai kg aku ja kat area kg gajah tu. Jadi dia dipercayai mendarat dgn rombongan tu. kekeke... ini citer dari org2 tua kat kg aku la. Kadang2 xleh nak percaya sgt. Sbb depa pon dgr dari org2 tua depakan.

Anyway, SELAMAT TAHUN BARU CINA. GONG XI FA CAI. Smoga tahun tikus memberi lebih makna pada smua.

* Pada mereka yg xnak cuba paham keadaan aku la ni. Aku mintak maap. Bukan sng nak puaskan hati smua org ni.
Aku Yg Majmuk Aku Yg Majmuk Reviewed by kuchalana on 9:55 AM Rating: 5

7 comments:

flinty.farah said...

interesting.
nenek saya ada keturunan siam je. campoq dengan melayu. huhu..
kuchalana lebih warna warni lah yer..

.::WaNiE::. said...

errk..wa sangat bizi ini taim..[eje betul time]

nanti petang wa baca lagi sekali satu satu..

tp sekilas wa ada nampak waaaa lu tau la lu punya atuk nenek mana datang..wa kurang jelas woo.. wa cuma tau mak wa dah keturunan ke 7 sultan selangor yang pertama..yg sultan selangor skrg nih bukan kami punye keturunan dah..:D belah bapak bapak sume wa tala tau..sangat tabik sama lu bro

kuchalana said...

flinty.farah - tringat lawak sorang member dari kemamang.

Tuang2 dang puang2, dengang ini kami mempersembahkang kumpulang springggg...

apa2 pon warna2 terang akan membuatkan kita lebih ceria. rastaaa.

wanie - 因为的麻莱斯阿, mtk cikgu reen translate sbb dlu dia skolah cina. Anyway klu hang dari salah silah kesultanan selangor means kita dari rumpun yg sama, bugis, bangsa yg garang tapi setia dan amanah.

baca sejarah anda disini.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bugis_Di_Tanah_Melayu

LaDySLeepLeSS said...

Nenek aku pulak sorang pure bugis dari daerah klang. Kira geng2 kabare waras ni la. <--- bugis ialah bugis, jawa ialah jawa... :) Lain tu.. bahasa bugis ngan bahasa jawa lain

.::WaNiE::. said...

Yey aku dah baca, satu satu..betul arr..yup..aku mmg pasti aku dari keturunan bugis, mak dah bagitau. yeey..give me 5 bro..kekekke..sedara la konon..hehehhe

eya ahmad said...

hek hek.. samer kaler la kita eh.. my mum pun dari sana gaks.. beijing... tapi mai kat kami ni dah tak kenal dah belah2 sana... takat atuk nenek je... cuma bezanyer my mum je yg convert. kong2, popo, ah yee 2x, suk suk.. sumer still budha... abah plak belah siam sana... tapi abah kaler mamak,.... taktau mai mana.. so eya turun belah tu.. waaaaaaa awatla tak macam cina.. kot lawa sket.. hehehe

kuchalana said...

ladysleeples - actually kat malaisi ni nak cari bugis yg ckp bahasa bugis makasar atau dialek Sawitto/Pinrang dah xda dah. Usually yg dari klang slalu ngomong jowo hari2.

wanie - Kita dari satu rumpun. Jadi say chesss.... kekekeke

eya ahmad - ko kene kasi anak2 ko tau sejarah bangsa ko. kasi depa sedar yg depa kene bawak identiti mereka sendri.

Powered by Blogger.