Aku, kerja dan business





Mungkin kebanyakan dari kawan2 dalam dunia blog ni xberapa pasti apa kerja dan business yg aku ada buat slama ni. Orait, mari bercerita pasal aku ,kerja dan business.

Actually aku masih lagi bekerja diCyberjaya sbagai pekerja yg suka dalam menyelesaikan masalah org. Sebagai manusia yg sukakan cabaran dan sebagai manusia yg suka berfikir. Aku dah bekerja almost 8 years dalam dunia IT ni and specifically dalam sector insurance. Dan amat sayang klu aku tinggalkan dunia pekerjaan ni sbb posisi aku dah cukup baik dgn payment dan benefit lain yg boleh membuatkan sesiapa pon nak berada dalam keadaan aku skang. Huhu. Syok oo.. keje sini, dgn xjam, rumah murah, dan segala2nya senang. Dalam masa yg sama aku mempunyai business aku sendri. Dari maklumat yg aku tanya HR. It won't be any problem slagi aku menjalankan perniagaan aku selepas waktu kerja.

La ni aku ada run sebuah kedai serbanika, sebuah kedai berinternet dan printing dan sebuah kedai komputer di UKM bangi. Menjadi cita2 aku dari kecik untuk mempunyai rangkaian perniagaan aku sendri satu masa nanti. Dan aku merealisasikannya per-lahan2 dalam bentuk pengurusan secara macro dalam menguruskan smua hal kedai2 aku. La ni kedai aku diuruskan oleh beberapa org yg aku percaya dan aku hanya sekadar menjadi perancang dan tukang audit selain tukang marketing merangkap kuli maha tinggi (disalah satu kedai yg ada). All this shop dah operate almost 3 years. Dgn berbagai2 cabaran, jatuh bangun dan gangguan sana sini. Alhamdullillah aku dan business aku masih berdiri di bangi sebagai satu entiti yg semakin kuat.

La ni aku nak tekankan pasal Street-IT. One of anak emas aku. Branding name dan juga nama kedai komputer aku di Kolej Zaaba, UKM bangi. Bermula dari idea seorang sahabat(yg kini jadi pengurus dikedai aku di bangi) dimana dia mencadang dan memulakan langkah membuka kedai komputer dipasar2 malam. Dan alhamdullillah langkah tu agak berjaya dan berkesan. Dgn menggabungkan 4 org sahabat dari zaman belajar dan masing2 mempunyai kemahiran dan expertise masing dalam dunia IT, beberapa branch Street-IT dapat dibuka diskitar lembah klang. Kami membawa nama STREET-IT dimana kami menjual keperluan komputer dipasar2 malam dgn harga yg sama dgn lowyat or imbi. Byk supplier agak terperanjat dan dalam masa yg sama memberikan galakan yg maha padu. Selain tu kami ada menekankan jugak online business dgn membekalkan pendrive dan aksesori komputer kepada organisasi2 besar dilembah kelang.

Business agak baik ketika itu. Tup2 all the team member face a problem one by one. Dari masalah keluarga, kerja, anak2, kawan2, perempuan dan mcm2. Akhirnya smua stall tadi ditutup. Dan akhirnya tinggal aku ja yg masih meneruskan legacy yg ada di HQ kami dibangi. Selepas stahun, la ni aku cuba tarik balik kawan2 yg mula2 mengasaskan Street-IT tuk bergabung smula. Aku berjaya tarik seorang dan skang dia menjalankan Street-IT bangi. Dan seorang lagi masih mahu mencari pengalaman dgn bekerja melompat sana sini. Xpa aku nak tunggu dia betol2 ready, bcause aku percaya team kami 4 org ni mampu meledakkan satu gerakan baru dalam dunia IT ni. Sbb ,msing2 cukup kuat dalam bidang masing2. Cuma tuhan xmengizinkan dalam gerakan pertama 2 tahun lepas dan xmustahil akan ada gerakan lain tahun2 akan datang. Aku percaya things happen for reason.

La ni aku dan sahabat sorang ni mempunyai byk plan dan cuba merialisasikan rancangan ni per-lahan2. Antara rancangan2 kami akan datang.

1. Nak buka few more branch dibeberapa universiti disekitar bangi, kajang, nilai, cyberjaya dan putrajaya dalam 10 tahun ni.


2. Nak buka franchise dalam konsep pasar malam tadi tuk graduan yg berminat nak berniaga.

Selain dari tu, ada few things yg masih pending untuk aku realisekan sbb faktor masa. Antaranya aku bercita2 mempunyai ladang aku sendri dalam bidang penternakan dan tanaman. La ni aku mula kecik2 ja dgn membela lembu dikandang member aku di klang. Dgr dah pregnant depa tu. Insyallah jumlahnya akan naik skali ganda tahun ni. Then ada yg lain2 all the way. Antaranya ladang anak udang disemenyih dan kolam ikan keli dibangi lama. Tu smua masih dalam perbincangan dgn pembekal dan tuan tanah. Terkini aku tgh berunding nak bukak ladang cili dalam kaedah fetigasi. Mmg citer2 aku dari kecik nak jadi petani berjaya. Camna aku leh tercampak buat IT pon xtau la. Tapi jiwa masih kearah dunia ku hijau. Mungkin satu hari aku akan let go smua business yg ada dan berladang sepenuh masa. Insyaallah.

Ada member duk tanya, ko ni busy sgt. Camna ko bahagikan masa tuk smua tu. Sebenarnya aku mmg sukakan kesibukan. Klu x aku akn jadi mcm org bodoh. Klu duk umah pon aku xkan duk diam. Ada ja paperwork aku nak tulis dan buku aku nak baca. Aku slalu berpegang pada konsep 24 jam sehari perlu kita uruskan. Bukan biarkan 24 jam yg uruskan kita. Slalu aku duk tido almost 5 jam ja sehari. Dan aku rasa happy buat mcm ni. Aku bukan nak kejar sgt pon duit apa smua. Gaji aku pon dah lebih dari cukup nak tampung hidup aku dan keluarga aku. But it about the satisfaction. Pelikkan. Bab family, aku lebih suka drg involve skali ngan apa yg aku buat. Supaya drg sentiasa dimata aku. Xda la aku tinggal2kan macam tu ja.

La ni langkah aku masih baru bermula. Masih banyak yg aku perlu buat dalam dunia aku ni. Cita2 nak mempunyai satu organisasi macam Al-Bukhairy, dimana depa membantu org2 ramai dalam dunia kebajikan. Aku really admire that guy. Dari zero to hero beb. La ni tgh belajar dan terus belajar dalam memantapkan diri aku supaya aku xlupa daratan dgn rezki Allah yg melimpah ruah ni. Smoga kawan2 dan ahli kluarga terdekat sentiasa menegur dan mendoakan kesejahteraan aku.

Ole
Aku, kerja dan business Aku, kerja dan business Reviewed by kuchalana on 8:58 AM Rating: 5

8 comments:

.::WaNiE::. said...

Ohoh ..rugi aku tak ngurat hang dulu..kakakkakka..[materialistik jap]

neway bro, good luck in all ur dreams.

ita.itu said...

wah bz ko mengalah kan PM yer

kuchalana said...

wanie - harta xbwk kemana beb.. nilai kasih sayang lebih utama.. + kepuasan dalam apa yg kita buat..

apa2 pon tq.. aku just risau aku terlajak ja dalam byk perkara dalam idup ni. jadi kene ada teguran dari org2 terdekat sbb kita xnampak diri kita melainkan org lain.

ita.itu - masa kat sekolah VI dulu, cikgu aku penah doakan aku jadi mentri besar selangor sbb aku penah berdebat dgn dia pasal kelemahan pentadbiran dalam negeri selangor. La ni dia dah dpt datin pon dan aku masih disini sbagai rakyat marhaen. Ke2.. politic is suck.

eya ahmad said...

sy pun admire kat al bukhari... dia seorang islam yang berjaya... hope 2 be like him one day.. sy doakan awk gaks.. dapat gak membantu umat islam yang lain...

nanti kiter abis blajar leh keje ngan awok dak? hehehehe

Heartless Devilish said...

smoga ko dapat aper ko impikan..
semoga ko berjaya..

murnie sangat said...

yup,selagi masih ada kudrat,berusahalah sebanyak mungkin..jgn lupa allah dan keluarga yg paling penting..gud luck bro..

.::WaNiE::. said...

Bro, betul2, setakat nih walaupun tak berapa kaya[mmg xkaya langsung pun]saya agak berpuas hati dengan hidup saya skrg..

Mcm mana berjaya pun kita, asalkan kita sedar sapa kita tak lupa diri, insyaAllah, kita ok ;)

kuchalana said...

eya ahmad - aku mmg bg free tutor pada sesapa yg nak blajar meniaga dan blajar nak nguruskan kewangan ni. La ni dah ada 2 fresh grade aku mentorkan dan dah ada restoren pon depa la ni.

develish - it not that easy to be me.

murnie - smua dari ALLAH beb.. kita cuma menguruskan ja.. smua tu amanah dariNYA

wanie - klu ko baca entry aku pasal tahun baru ko akan tau.. why i am not interested with all those duniawi..

Powered by Blogger.