Aku Dan Sukan Lasak

Tgh aku membelek2 kalender sukan malaisi, terjumpa aku satu dari perkara yg aku rasa aku perlu buat. Dari dlu aku rasa aku dah capai satu tahap maximum dalam karier sukan lasak aku iaitu menyertai sukan ORG BESI ('IRONMAN'). Rupanya tu xcukup extream lagi. Ada lagi extream dari tu. Boleh baca kat sini http://www.runacrosstheworld.com/ dan aku bercita satu hari aku akan buat sukan ni.

Tuk pengetahuan korang, aku ni mmg giler bersukan. Dari aku kecik sampai la umur dah nak masuk kategeori veteren ni aku keep bersokan dan bersokan. Dlu masa skolah rendah ada la main sukan2 budak2 skolah, dan tahap tertinggi sampai la main tuk negeri slangor dalam sukan bolasepak. Masuk skolah menengah aku dah xminat nak main bola sbb kene reject tuk Youth WorldCup kat KL masa tu 1997 (In The name Of The game lagu tema dia dari OAG). Terlbih bulan, jadi umur aku kira dah lebih la, kene reject awal2 nama aku. Jadi aku pon main sukan lain, masa tu aku lebih tumpukan dalam bidang olahraga tuk jarak sederhana dan jarak jauh. Kira hebat la masa tu, yg masuk smua india ja, sampai ke aku je mlayu masa lari MSSKL, mng tu wei tuk acara favorite aku masa tu 1500 meter dan 3000 meter MSSKL. Pastu skolah anta aku pi Tunas Cemerlang tuk acara Heptatlon. Ada few event dikumpulkan skali mcm 1500m, 3000m, lontar peluru, lompat tinggi dan entah apa tah aku xingat dah. Masa tu Zaiton Othman la idola kunun tuk acara olahraga org besi ni. Masa tu aku dpt no 3 overall peringkat KL. Kira ganas gak la masa tu sbb aku baru form 2 masa tu, yg menang dah form 5 beb. Dapat la aku merasa Kem Tunas Cemerlang Kebangsaan kat Trengganu lps tu.

Masa form 2 gak aku dipaksa oleh senior2 aku main rugby masa duk hostel. Hampeh aku ingat 1st training masa bulan posa. Mcm haram haus dia, rasa nak mati ja. Tapi tu la langkah aku ke dunia sukan gentleman ni dan aku keep play rugby sampai aku dapat main tuk universiti dan wakil Perak ke Sukma. Dan la ni pon duk main lagi la tuk VIOBA, Team old boyz aku.

Langkah aku trus panjang bila blajar kat ITM Perak (kat lumut masa tu, la ni ITM tu dah pindah ke Tronoh). Masa aku main rugby, aku duk main bola gak. Disebabkan kekentalan aku, few lecturer tarik aku joint team depa main IRONMAN (Berenang 4KM, Berbasikal 180KM, Berlari 42KM in one day). ITM ada team IRONMAN dia sendri tuk pengetahuan korang. Stu2nya U yg hantar wakil tuk event ni. Tu dia, tiap2 sabtu ahad, aku kene pi training. Xpa, masa tu sbb aku ni bukan mat bunga yg slalu pi tenet, xda org nak kat aku pon masa tu. Ke2. Pepagi lepas subuh aku dah berkayuh basikal. Kadang2 ke Ipoh or ke Kg Gajah, tapi yg slalu ke Pulau Pangkor la. Lepas tour pulau yg duk turun naik bukit tu. Kmi akan singgah ke Teluk Dalam. Pastu berenang keliling Pulau Giam. Almost every week. Sampai hitam la aku masa tu. Fit jgn ckp la. Stakat berlari 8 jam non stop ok lagi. Hu2.

Then depa ni la yg kenaikan aku ngan sukan2 gila lain. Pastu aku pi few event like IRONMAN LUMUT, DESARU and PD. IRONMAN Langkawi ja xrasa. Nanti aku cari balik gambo2 aku berlari pakai spender dalam acara ni. Sure tergelak la tgk. Selain tu disebabkan aku mmg dah jadi gile ngan mende2 extream ni, aku redah IPOH Half Marathon (22km), KL Marathon (44KM), Penang Bridge, Bukit Tunggal Cross Country, Selangor Eco Challenge (damn berlari dari sg congkak ke kemensah, berlari naik Gunung Chenuang in one hour, giler beb, org naik 1 hari baru sampai), Towerthon (kenangan manis, dpt no 15 keseluruhan, org naik KLTower ikut lif, aku panjat ikut tangga) dan ada byk lagi la sub2 event yg aku xdpt nak senaraikan sbb byk sgt. Gilerkan aku. Bapak aku ckp aku mengalami satu sindrom kurang kasih sayang. Ke3.

Kawan2 aku slalu ckp IRONMAN will test your spirit and body up to maximum. Mmg betol pon. Bila sampai tahap badan dah xlarat, tapi smangat dalam diri suh gak habiskan. Habis beb. Kepuasan dia tuhan ja yang tahu. La ni, aku maintain pi half marathon or marathon ja. Tu pon klu ada masa. Last year ada aku turun few event. Thun ni blum lagi. Lelain aku tgh giler ngan futsal la ni. Giler xaku. Budak kecik berhati Suporman.

Ole.
Aku Dan Sukan Lasak Aku Dan Sukan Lasak Reviewed by kuchalana on 9:33 AM Rating: 5

3 comments:

.::WaNiE::. said...

NAK GELAK BAB SINDROM KURANG KASIH SAYANG TU JEK..YE KE BRO..HUHUHUHU..PI LAWAN TIDO NGN PAK LAH PLAK TGK SAPA TIDO PLG LAMA..KEKEKEKE

Heartless Devilish said...

kalo ko pegi event aper²..
bawak la aku..
aku nak ambek gambo..
wokey?

kuchalana said...

wanie - aku dah mengalami sindrom tu dari kecik sampai ke tua ni. La ni aku nak pastikan anak2 aku xdapat sindrom yg sama. hi2

devilish - aik baru 1st time nak volunter.. kekeke

Powered by Blogger.