Aku Dan Ijam

1991, Hentian Bas Alor Star

Ahh, sjuk malam ni. Mana la aku nak tido ni. Mata trus layu di perhentian bas Alor Star. Jam dah nak masuk 10 malam. Hujan masih xreda2 lagi dekat luar tu. Alamat tido kat kerusi bus stand ni la jugak aku malam ni. Dah masuk 6 hari aku memulakan perjalanan as a beg packers. Ni smua idea bapak aku. Masih terngiang2 lagi masa dia amek aku dari hostel.

Ayah - Apa project cuti skolah ni. Lamakan sampai 4 minggu. Xkan nak duk umah ja. Ke nak balik rumah opah.
Aku - Entah la ayah. Rasa nak balik rumah opah kot. Boleh buat duit skit tolong dia buat kebun limau.

Ayah - Camni la, sok ayah kasi ko duit ko pi ajak si ijam teman ko. Pi merantau ke negeri2 dkt utara. Ayah kasi route mana ko nak pi. Just ikut ja map. Sampai setiap tempat ayah nak ko beli barang2 dalam senarai yg ayah akan kasi as a prove ko dah sampai sana. Mudah ja. Ko naik la apa pon janji ko sampai sana.
Aku - Ishh, boleh ke. Kang mak bising plak. Man baru form 1 la ayah. Takut kene culik ke. Apa ke.

Ayah - Ko tu lelaki. Xda org nak apa2kan ko. Xpyh risau la, mak nanti ayah adjust macammana. Ni langkah pertama ko sblum masuk kedalam masyarakat. Smua ayah tanggung. Bila ko balik nanti ko akan jadi lebih dewasa. Percaya la. Anggap ni sbagai satu ujian pada ko.
Aku - Adus. Boleh ke ni...

--------
Ish budak ijam ni dah berdengkor pulak. Aku cari selimut dalam beg dan slimutkan dia. Mata aku trus xdpt tido. Macam2 aku pikirkan. Siang tadi aku ngan ijam nyaris2 nak kene culik dkt Seberang Prai. Ada satu geng datang dgn van nak kutip kami. Xtau la entah besok lusa apa yg akan terjadi lagi. Besok aku nak ke Langkawi. Ada 2 cek point aku kene pi. Dan perjalanan ni masih jauh. Ada 14 hari lagi aku nak kene habiskan. Dari bas, teksi, beca, keretapi, van, lori, moto, sampan. Smua kmi dah redah. Dari masjid, balai polis, bas stand, balai raya, hotel murah, pondok pengawal smua aku dah tido.

Mata ni trus xboleh nak lelap. Aku bakar sebatang rokok. Aku sedut dalam2. Ijam dah sampai ke Langkawi agaknya. Nyenyak btol dia tido. Aku trus berfikir tentang kehidupan yg maha kejam ni. Sepatutnya aku berada dirumah skang. Tido ditilam yg empuk. Entah la. Jiwa masih berkata, aku akan sahut cabaran ayah aku. To become a man aku kene berani. Aku perlu teruskan acara yg maha hebat dalam hidup aku ni. Langkawi... tunggu, besok aku sampai.

--------
2007, Jln Doraisamy, KL

Mana ijam ni. Lambat betol la. Ni dah setengah jam aku dkt doraisamy. Sup sesumpah pon dah abis. Batang hidung pon xnampak lagi. Almost 10 tahun aku xjumpa ijam. Since dia kawin 1997. Then aku pon bawak diri pi blajar. Aku lost contact dgn dia terus. La ni aku terserempak dgn adik dia baru2 ni. Baru dpt nak jumpa dia balik. Actually aku dgn dia dah mcm adik beradik. Sbb penah susah senang bersama dari kami umur 5 tahun. Buat jahat sesama, bergaduh sesama dan mcm2 lagi. 10 minit to go. Xda aku chow. Dari dlu mcm ni, janji walle2.

Ijam - A'kum sahabat lama.
Aku - W'salam, hampeh ko. Lambat giler ko ikut mana. Budus. (sambil salam dan peluk si haram ni)

Ijam - Sini dah berubah la, kelab malam byk sgt. Parking dah jadi susah. Tadi aku terserempak ngan member lama kat tepi pub sana, dia bouncer club tu. Ala si udin budak yg main bola ngan ko dlu. Layan rokok sebatang, lupa plak ko kat sini. Ke3.
Aku - Paler ko. Duk macam tunggul aku kat sini. Lain kali sms la, bukan xda handphone. Eh, ko apa citer la ni. Aku dgr ko jadi bouncer dkt *&8)^, btol ker? Adik ko ckp ko dah nak kawin lagi dan mcm2 la. Gedevance btol ko yer.

Ijam - Tu la keje yg aku boleh buat pon. Aku bukan mcm ko, skolah tinggi, otak penyamun. Aku ni otak beku. Ok la, gaji apa smua. Hal kawin2 ni. Aku dah menduda lama beb. Byk hal la. Ko tau la aku ni liarkan. Eh rokok?
Aku - Aku dah xisap rokok la jam. Berenti dkt setahun dah.

Ijam - Ke3, ko buat kelakar ke, dlu masa kita pi mengembara tu, isap rokok mengalahkan keretapi, dgn ganjanya. Rasta konon. La ni apahal ko ni. Dah taubat ke. Pelik gak. Ni sure ikut budak tabligh rasta ni. Ke3.
Aku - Xla, mmg dah cuci tgn la. Xda buat hal lagi. Aku serius ngan dunia aku ja la ni. Lagi pon anak2 dah besar la. Xkan nak buat hal sampai ke tua.

---------
Cerita terus bersambung sampai ke pagi. Byk citer terkini pasal blood brothers aku ni. Walau sejahat mana pon dia, aku tetap akan anggap dia sedara aku. Actually byk citer xsedap pasal mamat ni termasuk la kes jenayah berat yg aku xdpt nak share kat sini. Tapi dia masih lagi penjenayah yg jujur dan ikhlas pada aku. Aku tau dia jadi mcm tu sbb desakan kehidupan. Kata2 akhir aku kat dia malam tu

"Ijam, nyawa kita ada satu ja, xleh nak refill dua tiga kali. Anak ko pon dah makin besar. Sampai bila ko nak trus idup mcm ni. Sia2 ja pak chat (bapak aku) anta kita pi belajar tentang kehidupan sampai abis satu malaisi kita redah berdua. Aku xnak pi keramat melawat mayat ko satu hari nanti. Aku xsanggup beb"

Ijam melepas keluhan panjang sambil merenung jauh. Cukup jauh....
Aku Dan Ijam Aku Dan Ijam Reviewed by kuchalana on 9:18 AM Rating: 5

7 comments:

eya ahmad said...

waaa bestnyer cara abah ko didik anak dia.. byk pengalaman idup yg ko leh dapat kan.....

ita.itu said...

kelas abah ko nih..hehe

nasazfrog... said...

waaa bagus btol papa yang berwawasan nih..

.::WaNiE::. said...

waa cayalah bro..wa kene tinggal sesorg kt rumah pun bleh jd memcm hal..hui xsanggup

kuchalana said...

eya ahmad - dalam usia tu .. aku suka ckp bapak aku kejam

ita.itu - he teach me a lot about life..

nasazfrog - aku rasa aku xleh jadi mcm dia.

wanie - mmg pon, la ni aku xsanggup nak wat camtu kat adam

tu cuma secebis kisah dari kekejaman dia pada aku (penah redah satu malaisi naik kete ngan dia dalam usia aku 9 tahun). dalam usia ni baru aku tau apa yg dia buat tu smua tuk kebaikan aku.

Heartless Devilish said...

mak pak aku lepaskan aku hanya selepas aku abes spm..
ko kecik2 dah merayap..
ko kasik ar chance kat adam nanti..
tgu la dier besar sket...after 15 maybe...

.::WaNiE::. said...

ting tong lawat sini, eh bro jgn wat bro zaman skrg bukan cam dulu..silap2 ilang terus adam tak balik2..

Powered by Blogger.