Crita Criti


Crita Jumaat
Hari ni agak sibuk gak kat opis. Biasa la akukan bekerja berdedikasi akhir zaman dalam opis ni. Today kami dapat letter tuk bonus 6%. Kat sini kami dapat bonus almost 24% dari annual salary. Jadi dia potong2 jadi 4 kali bayar dalam setahun. Kira tiap2 3 bulan akan dapat la skali dalam 6% dari annual salary. Kira dekat2 3/4 gaji la jugak. Then tiap march dpt lak performance bonus dalam 1.6 ke 2.2 kali gaji. Mewah wo keje kat sini. Kene lak basic budak2 sini smua lebih 4k. Cuma aku xbrapa gemar pasal income tax (PCB). Dia deduct banyak tu beb. Aku kira2 balik mcm xberbaloi ja sbb potongan dia almost 18%-22% dari apa yg aku dpt. Giler la, baik aku sedekah kat org fakir dari aku kasi kat org yg salah urus tax ni. Masuk perut kroni ngan poket sendri. Pas tu tax payor lak nak kene tanggung sgala kenaikan harga la ni.

Crita Sabtu
Pepagi aku dah mangun pi kedai. Smlmnya aku balik kol 4.30am. Kol 9am aku dah ada kat kedai. Ada satu laptop tu Acer Aspire 4710. Mmg badi betol la. Motherboard xcover XP. Jadi driver smua kene cari sampai acer negara china and panama. Baru jumpa. Dia dtg ngan vista jadi mcm2 hal la product yg ni. Klu korang nak tau, hardcore IT support dia akan buat laptop tu sampai berjaya walau pon xtido 2 hari. Kepuasan dpt solvekan masalah tu xternilai beb.

Then after solve all the problem, aku pi settlekan plak hal tuk game ahad. Pi amek hamper, hadiah, beli bola baru dan sgala hal yg bersangkutan. Sampai ke malam la baru selesai. Sok nak main.. tapi aku masih di kedai sampai kol 1am. Adus letih.

Crita Ahad
Kol 6.30am aku dah grak, lepas solat subuh trus pi KL amek photograper jemputan Miss Devilish (bleh tgk entry dia pasal game ni kat blog dia). Dalam kol 9.30am game berjalan. Smua team bermain dgn penuh smagt kesukanan. Aku puji smua team sbb aku xaspek depa akan behave dan bermain with full sports spirit. Keputusan smlm

Juara Winners Pool - Bolasepak FC
Naib Juara Winners Pool - Dato Onn
Ketiga Winners Pool - Pro Star
Juara Losers Pool - 5zalShop
Naib Juara Losers Pool - Street-IT DUO
Ketiga Losers Pool - Street-IT UNO

Ada few upset things happen. Team pompuan terpaksa di cancel sbb few team tarik diri last minit sbb ada aktiviti kolej yg mewajibkan depa main. Xpala, as far game berjalan lancar. That fine.

Thanx pada peniaga2 yg terlibat dalam sponsorship, Street-IT, ASAS Solution, Kedai ASAS, 5zalshop, Tomyam Atan, staff2 Tekad Urus Sdn Bhd, staff Kausar Corporation, persatuan pelajar kolej, student yg jadi pom2 girl dan menguruskan apa yg patut, Develish as tukang amek gambo, persatuan referee mahal dan Active Futsal. Insyallah 3rd edition for this game akan diadakan July nanti.

Crita Ahad malam
Malam tu aku tutup kedai awai sbb xlarat nak stay lagi sbb penat the whole day main bola. Masa balik aku terbaca kat utusan pasal memanda citer pasal ekonomi kita xkan ada impact dari kesan kejatuhan ekonomi amedika. Aku rasa dia bercakap dalam keadaan kepala masuk air atau dalam keadaan mengantuk. Pagi tu masa main futsal sorg member yg keje ngan Citibank(company from amedika under CITIGROUP) dah inform bonus skit and ada region yg buat pembuangan pekerja. Then apa nasib org yg kene buang keje tu. Xda impact ka mcm tu? Come on laa.. Mcm 1998, kesan kejatuhan nilai dolar membuatkan negara kita ni hampir nak hancur dah. Company local byk gulung tikar dan org xda kerja, smuanya naik masa tu then company dari amedika smua tutup kilang dan byk org kita xda kerja masa tu. Masa tu TUN yg genius tu pon pening paler. La ni ada memanda kata xda apa msalah punya. He's statement really make me scared man. Dia xda blaja pasal ekonomi ka.

Then aku terbaca satu lagi statement pasal Faizal Tahir xleh nyanyi kat juara lagu. Aku terbaca la few column pojok yg duk backup mamat perasan suporman(MPS) ni. Then last week pon aku ada byk terbaca blog yg duk sokong apa yg mamat ni buat. Actually aku xkisah dia nak bukak baju dia kat atas stage tu. Klu tgk P.Ramlee pon bukak baju dalam cite pendekar bujang lapok. But klu dia sedar, dia keje makan gaji sebenarnya ngan 8TV dan perangai dia mewakili majikan dia. Kesan keatas perlakuan dia bukan impak pada dia ja tapi pada majikan dia skali. Dan masa dia bukak baju tu is a live concert beb and futher is a public concert, bukan concert dia sesorang. Jadi dia kene sedar diri dia dalam hal tu. Klu tu concert dia xpa la nak bukak2 baju. Xda org nak bising punya sbb for sure yg pi tgk fan diakan dan sudah pasti fan dia nak tgk sampai level dia telanjang. Hu2. AKu rasa dia patut pakai real punya baju soporman malam tu. Pakai speder kat luar. Tgk apa reaksi public. Klu nak jadi soporman, jadi betol2. Kekekekeke. Dari sudut business plak 8TV dah diharamkan tuk adakan live show for 3 months dari kementrian penerangan. Korg tau xberapa 8TV rugi. One In The Million tu undian base pada SMSkan. Depa collect dkt RM10 million klu xsilap aku tahun lepas. La ni xda live then depa akan rugi almost half dari RM10 million tu. Nak ke si mamat tu ganti lost yg 8TV tanggung tu. Klu aku jadi bos 8TV aku dah buang dia kerja trus. kekek...

Tahniah aku ucapkan pada Estranged sbb menang AJL22 smlm. Actually pujian aku beri sbb depa mai dari underground scene. Depa berjuang tuk org dgr lagu2 depa yg datang dari genre yg slalu org xpandang atau pandang serong. Depa mai dgn album inggeris dan campuran lagu2 mlayu. La ni org ramai dah mula mengiktiraf budak2 underground ni. La ni band macam HUJAN dan MEET UNCLE HUSSIN dah mula meletup kat radio2 malaisi. Same tu OAG, BUTTERFINGERS, CROMOK, FLOP POPPY, NITA OIM, Jaclyn Victor, LO, DISAGREE, REPUBLIC OF BRICKFIELD dan banyak lagi la. Aku terpikir why not kita x anta satu team dalam sukan antara artis mewakili underground band dan mungkin adakan satu kategori dalam anugerah juara lagu tuk budak2 ni or adakan trus satu juara lagu only for underground songs. Tentu radical dgn pogo dan slamstage dari budak2 ni nanti.
*Takziah pada family megat azman(one of kuchalana member dalam dash for gold di genting) atas pemergian arwah megat junid. And takziah juga atas perginya Bung Suharto. Byk jasa beliau dalam perkembangan dan kemajuan Indonesia selain kemajuan ASEAN secara keseluruhannya. Dgr2 mantan Tun Mahadir menagis bila dgr berita kematian beliau. They have a lot of history dalam hubungan 2 hala antara indonesia dan malaisi. Futher dari angin yg bertiup ketelinga aku, parlimen akan dibubarkan pertengahan bulan 2 ni dan pilihanraya pada awal march (cuti skolah) . Date dia aku dah ada, cuma takut nak buat spekulasi. Hu2 .. Hanya kabar dari angin2 malam...

Ole
Crita Criti Crita Criti Reviewed by kuchalana on 11:55 AM Rating: 5

4 comments:

Heartless Devilish said...

byk citer gak ek..
sekali harung..
sian wor faizal tahir takbole nyanyi.
seb baek tak menang..
tp tingin gak lar dier pakai costume superman itu... spender kat luar..
mesti menarek kan?
bab AJL... hensemnye la mamat rich tuh...
perghh...(hahahaha...)

.::WaNiE::. said...

komen 1 - kompeni aku pun mula rugi sbb matawang us turun nih..sangat terasa ok.. lagi2 kitaorg mmg byk deal guna usd..byk klien bayar guna usd. bila convert to RM, sket je..xmcm dulu..


Komen 2 - setuju..lebih baik faizal tahir jd superman sungguh.pakai spender kat luar..hehehe..aku xmarah..betul..haha

Komen 3 - AJL takk besttt...

lindosh said...

wow panjangnya cerita bro.. ;)

faizal tahir mmg suka jadi sopormonnn ekeke

ita.itu said...

wah..kelas ko naip bro...

Powered by Blogger.