Lebuhraya KL - Putrajaya


Nih ada satu update aku nak kasi tau korang. Actually aku pon xrealise yg highway ni dah siap. Tau2 kecoh ja budak2 opis aku kata highway ni dah bukak untuk test drive. Usually klu ada highway baru bukak ni, paper n tv akan kompang merata kata dah bukak. But this one senyap ja. Then kelmarin aku dapat peluang nak try higway ni masa balik. Damn, punya la aku mencari jalan nak masuk dari Cyberjaya, hampeh xjumpa. Signboard haram satu pon xda. Aku jadi blur jap. Dah terlepas ke KLIA. Sbb jalan nak masuk higway tu sambung ngan highway KLIA. Balik aku menyumpah gak la, apa la buat higway xda proper signboard. Patut 1km dari mana2 simpang dah ada signboard.

Then smlm petang aku try lagi skali lepas dapat maklumat dari kawan2 opis aku. Yes jumpa gak jalan nak masuk dia. Dia punya signboard ada la 100m dari simpang nak masuk highway tu. Tu pon kecik ja. Apa punya kedekut la. Menyusahkan pengguna.

Aku agak impress la ngan highway ni. Satu sebab cepat siap. Aku rasa xsampai stahun. Then xbyk isu masa process nak buat. Yg aku dgr cuma kes highway ni dibuat atas rumah org. Jadi ramai yg mintak pampasan. Dan kedua it takes 10 minit tuk sampai Bukit Jalil. Damn fast man. Jalan dia lurus ja. Then naik bukit turun bukit. Skali tekan minyak maximum dia pegi sbb lurus. Usually aku amek 30 minit ke 45 minit nak sampai opis. Face heavy jam kadang2 dkt sg besi or dekat tol kajang dan kadang2 kat cyberjaya sendri. Kene polisia buat roadblock lepas tol sg besi mcm ari tu, kene jam dari kajang. Nonsense. La ni tidak lagi, 10 minit ja.

Pagi ni aku amek lagi highway ni. Aku kuar kol 8am aku sampai opis 8.15am. Siut, jadi bodoh kejap sbb opis xda org lagi. Sini dkt kol 9am baru ramai org, smua jenis xda disiplin punya. Opis start at 8.30am. Aku rasa depa xda alasan la sapa2 yg duk kl nak dtg lambat lagi lepas ni. Futher aku rasa ni jalan terpantas nak ke KLIA stakat ni dari KL. KLIA dari sini it just 20KM and highway dia pon lurus gak. Bersambung ngan highway KL-Putrajaya ni. Aku akan try pi KLIA jumaat ni. Klu hitung kasar aku rasa it takes 30minit ja dari KL ke KLIA.

Satu ja menjadi persoalan aku skng. Sure tol dia dekat RM3 gak. Kita tgk ja nanti. Then sure banyak speed trap lepas ni. Huhu.

Apa2 pon aku nak wish ...

20/12/2007 Hari Raya Haji
25/12/2007 Hari Natal

Selamat Berkorban pada yg islam
Selamat Bernatal pada yg kristian
Selamat bercuti pada yg lelain

* PERINGATAN - Skg ni musim banjir. Jadi berhati2 lah sbb yg lemas slalu yg mmg nak mencari lemas. Yg duduk perpindahan, jaga la kebersihan. Taun and Malaria disana sini. Ole.
Lebuhraya KL - Putrajaya Lebuhraya KL - Putrajaya Reviewed by kuchalana on 9:11 AM Rating: 5

4 comments:

.::WaNiE::. said...

oh dah bukak ek..blur2 tak tau lokasi ..hahah..

Heartless Devilish said...

hoorey! pasnie takder lar kata
'jalan jammed lar'
kan kan?
/me *winks* *winks*

kuchalana said...

Wanie - tu la.. mmg xda cukup maklumat pasal highway ni.

Devilish - jalan jammed? ko ni ada2 la.

* Pasni klu nak jumpa pak2 menteri boleh tunggu kat plaza tol putrajaya. Hu2.

.::WaNiE::. said...

huhuhu..tengok tol brapa nih kucha :p

Powered by Blogger.