Kenapa kita dijadikan sebagai manusia

Aku cuba menjawab entry dari http://azzuraabdlatif.blogspot.com/ aka Misha_Mee

/*Aku dah pening ngn kerenah manusia2 sekeliling aku ni... bila aku diam..pelbagai yg kuar...bila aku bersuara..aku balik yg kena..apa patut aku buat utk memuaskan ati semua pihak? perlu ke aku meminta maaf? perlu ke aku bersua muka? perlu ke aku tampil kehadapan utk menjelaskan perkara yg sebenar?

Tapi ada ke orang yg nak dengar? ada ke orang yg nak prihatin? ada ke orang yg nak sokong aku? ada ke orang yg nak dengar luahan hati aku ni?

Atau akan ada orang yg bertepuk tangan bila melihat aku 'jatuh'? ada orang akan bersorak gembira bila melihat aku merana? ke ada orang yg akan melompat kesukaan bila melihat aku menangis? */

* Lukmanul hakim ada berpesan pada anak2 dia, antara yg aku ingat, "klu kita nak uji sahabat sejati, buatlah sahabat kita itu marah dan jika dia marah dan masih boleh memberi nasihat kepada kita kearah kebaikan, dia adalah sahabat sejati", aku rasa ko ada ramai sahabat sejati. Jadi hayati betul2 ayat kat bawah ni. Aku pernah tersesat dalam hidup aku n someone kasi aku artikel ni. Baru nampak sebab apa aku menjadi manusia dan sbb apa aku dilahirkan sebagai islam. Allahuakbar.
KITA BERTANYA :KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Kenapa kita dijadikan sebagai manusia Kenapa kita dijadikan sebagai manusia Reviewed by kuchalana on 10:15 AM Rating: 5

4 comments:

Heartless Devilish said...

kepada rakan² ku..
segala apa yang berlaku di dalam kehidupan kiter ada hikmah nye..
samada manis atau pahit kejadian itu.. yang pasti ianya utk pengajaran dan juge dijadikan pengalaman idop..
jika tidak terjadinya kejadian² ini.. sudah pasti kiter tidak akan sedar di atas sesetengah perbuatan² kiter..
sebelum berbuat sesuatu... berfikirlah secara waras agar kiter sedar apa yang akan terjadi di atas perbuatan kiter itu...
sekian

Misha_mi said...

hurm.. betul juga bila membaca apa yg diperkatakan oleh arman ni.. ermm.. thanks!

kuchalana said...

arman..? hahahahahaa....

Mr Sadman said...

erk...sape arman misha...hehehe....Kuchalana la...huhu...aku pun nak ambil kesempatan ni tu all ma pren...especially my close friend..be strong and tabah ok...

Powered by Blogger.