Apa hak anda bila ditahan atau berdepan dengan polis?




* ketahuilah hak anda sebagai rakyat malaisi bila ditahan pihak berkuasa. Sekadar ilmu yg perlu dipelajari secara xlangsung. Kalau anda ditangkap basah, tu anda perlu jawab dgn tuhan n mak ayah anda. Xda tip2 menarik disediakan disini untuk kes sebegitu. Hahahahahaha.


Oleh: Saari Sungib

Jika saudara ditangkap atau ditahan oleh polis, saudara mesti tahu perkara-perkara berikut:

* Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak saudara sama ada mahu menjawab, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak. Saya syorkan agar saudara tidak perlu layan mereka. Jangan gentar! Ini adalah hak saudara yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.


* Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu telah melakukan kesalahan. Sekali lagi, saudara tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut sehingga saudara mendapat bantuan daripada seorang peguam.


* Polis tidak boleh memeriksa badan, beg atau barang-barang yang saudara bawa semata-mata kerana saudara disangkakan oleh mereka akan menghadiri suatu perhimpunan.


* Polis boleh memeriksa kereta atau kenderaan yang saudara naiki, atau barang-barang yang saudara bawa, sekiranya mereka percaya pada saudara terdapat barang-barang yang dicuri, senjata atau dadah, peralatan yang digunakan untuk mencuri atau sebarang bukti bagi saudara untuk melakukan sesuatu kesalahan. Oleh itu saya ingatkan agar saudara tidak membawa barang-barang di atas dan teguhkan hati dan yakinkan diri saudara saudara bahawa polis tidak berhak memeriksa kenderaan, badan atau barang-barang saudara.


* Sebelum memeriksa saudara, polis mesti terlebih dahulu memberitahu siapa mereka dan dari balai polis mana mereka datang, kenapa mereka mahu memeriksa saudara dan memberitahu saudara bahawa saudara akan diberikan satu salinan rekod barang yang diperiksa oleh mereka. Jika mereka tidak menyatakan perkara-perkara ini, ingatkan mereka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara!


* Ketika polis memeriksa badan, kenderaan atau barang-barang saudara, jika ditanya untuk memberi penjelasan, saudara tidak perlu memberitahu butiran terperinci bagi soalan-soalan mereka. Bahkan, saya syorkan saudara tidak perlu memberi sebarang jawapan.


* Polis mesti menyerahkan kepada saudara satu salinan rekod barang-barang yang diperiksa ketika proses pemeriksaan sedang berlaku atau sebaik saja pemeriksaan selesai mereka jalankan. Kegagalan polis untuk menyerahkan salinan rekod ini bererti mereka bertindak melanggar undang-undang negara


* Saudara mesti diberitahu oleh polis secara jelas bahawa saudara ditahan.


* Saudara boleh diarahkan oleh polis agar tidak meninggalkan suatu tempat yang ditetapkan oleh mereka pada masa itu disebabkan mereka telah menangkap saudara.


* Saudara juga boleh dihalang secara fizikal oleh polis daripada meninggalkan suatu tempat yang telah ditetapkan oleh polis sebagai tanda bahawa saudara sudah ditangkap oleh mereka.


* Dalam apa keadaan sekali pun, sekiranya saudara tidak bertindak agresif atau melawan, polis tidak berhak untuk bertindak kasar dengan memukul, mengetuk, menyiku, menumbuk, menendang atau melakukan apa-apa sahaja perbuatan ganas terhadap saudara!


* Saudara MESTI diberitahu oleh polis apakah sebab saudara ditangkap atau ditahan oleh mereka.


* Saudara boleh bertanya kepada polis kenapa saudara ditangkap. Sekiranya pihak polis gagal memberitahu apakah sebab saudara ditangkap, beritahu kepada mereka bahawa saudara tidak anggap diri saudara ditangkap oleh mereka. Ucapkanlah kata-kata ini dengan sopan dan secara jelas.


* Saudara mungkin digari oleh polis semasa mereka menagkap saudara. Saudara boleh meminta agar gari saudara dibuka pada masa itu juga. Walau bagaimanapun adalah menjadi budi bicara pegawai polis yang menangkap saudara sama ada mahu terus menggari atau membuka gari saudara.


* Sekiranya gari yang digunakan ke atas saudara adalah jenis yang menyakitkan kerana mencengkap tangan saudara (gari Siam!), beritahu polis untuk menukarkan gari tersebut dengan gari jenis yang diluluskan oleh undang-undang. Gari Siam adalah sejenis gari yang tidak sah untuk digunakan terhadap tahanan polis. (Gari Siam hanya digunakan oleh penyangak dan penjenayah profesional!)


* Jika semasa ditangkap saudara ada membawa ubat-ubatan keperluan saudara ataupun barang-barang lain, saudara boleh memohon agar barang-barang tersebut dibenarkan untuk dibawa bersama saudara.


* Jika pegawai polis yang membuat tangkapan mahu merampas ubat-ubatan, telefon bimbit dan barang-barang saudara, beliau mesti menyediakan satu salinan barang rampasan dan meminta saudara menandatangani senarai tersebut.


* Polis tidak boleh merampas sebarang milik saudara tanpa menyerahkan kepada saudara satu senarai barang rampasan.


* Jika polis merampas barang-barang tersebut daripada saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan, hendaklah saudara buat laporan polis sebaik sahaja saudara berpeluang melakukannya. Tindakan polis merampas barang-barang saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan adalah satu perbuatan mencuri!


* Hafal nombor polis di baju mereka. Jika mereka tidak memakai sebarang nombor atau tanda nama, mereka sedang melakukan satu pelanggaran terhadap undang-undang. Cam muka mereka baik-baik!


Ingat, dalam kerja-kerja polis menangkap saudara biasanya banyak berlaku pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi manusia dilakukan oleh mereka. Ingatkan semua perkara ini agar mudah nanti saudara mengheret anggota polis yang terlibat dan kerajaan ke mahkamah. Jangan takut!
Apa hak anda bila ditahan atau berdepan dengan polis? Apa hak anda bila ditahan atau berdepan dengan polis? Reviewed by kuchalana on 12:10 PM Rating: 5

6 comments:

SamWise said...

Waaaa best² informasi ni...boleh la pas ni aku nak melanggar undang²...hehe kalo kena tangkap aku tjk macho sikit...nak tangkap aku, nak soal aku, "talk to my lawyer"... hehehe

Anonymous said...

ceh.. kita cuma perlu tahu hak kita encik sadman. sometimes depa ni buat keje main blasah ja xikut procedure, kita plak dari kecik ditakut2kan dgn drg ni. Tu yg kasi depa lagi lemak. now is the time, we learn and they learn to know the border. silap2 kene saman 1 juta macam kes mamat ISA tu. apa2 pon jom kite ke GELOMBANG KUNING sabtu ni. Amek2 gambo dan merasakan GELORA GELOMBANG. Ole.

13may said...

informasi menarik....

tapi kalau boleh, aku selalu elak dari jumpa polis....

sebab kadang2 depa ni nyusahkan...jalan kaki pun nak tahan...dok lepak isap rokok pun nak tahan....cam tadak privacy plak...

Anonymous said...

13 may, aku penah tido lokap satu malam sebab melepak depan rumah aku sendri. Ayat paling best, balai cerita. Terbakar hangus ngan bangsa2 ni sampai hari ni. huhu. Giler kuasa. Skang they need to know the border and we need to know our right.

Miss Reen said...

kalo aku kena tahan..
aku sker tanya..
'balai maner? nomot braper? apa nama?'
hihihi... so far so good la...
dah lama aku tak merayau..so jejarang lar kena tahan...
then.. kalo aku kena tahan..aku tau aku nak call saper.. peace hill mari

Anonymous said...

ko xkene mcm aku... ko dah kene bru ko tau. Fight for your right.

Powered by Blogger.