Polisia Kantorey Dan GELOMBANG KUNING






* artikel ni agak kasar. sekadar bahan bacaan ringan. sapa2 xsuka boleh ke link ini http://www.musikpharmacy.blogspot.com/

Ari ni aku nak share skit beberapa pandangan radical yg boleh kita pikirkan bersama. korang ada perasan dak bidang pertahanan awam kita cukup bermasalah skang. Dari bidang ketenteraan, kepolisian bawak ke smua yg bersangkut paut dalam bidang pertahanan awam ni. Klu korang ikut berita semasa, in this year saja, berpuluh2 cerita pasal pecah amanah, merompak, meragut, merancang jenayah, rasuah, tembak org awam sesuka hati, pukul org sesuka hati dan macam2 lagi yg dilakukan oleh mereka dipertahanan awam ni. Jadi sapa yg kita nak percaya skang. Boleh la kita katakan dah jadi macam harapkan pagar, pagar makan padi. Kita harap org2 ni jaga ketenteraman, tapi depa plak yg mengganggu ketenteraman. Penah sorang sahabat yg membicarakan isu ini cakap. 'Aku rasa lebih selamat duduk sebelah penjenayah dari duduk sebelah polis', aku pon agree apa yg dia cakap. Hahaha.

Penjenayah mmg membawa title penjenayah dan mereka tidak diajar untuk menjaga ketenteraman awam dan pekerjaan mereka dilakukan diatas banyak sebab yg menjadikan mereka penjenayah. But pertahanan awam diajar untuk menjaga ketenteraman dan amanah ini diberikan oleh kita sebagai rakyat marhain yg membayar cukai dan membayar gaji org2 dipertahanan awam ni. Kita bayar depa gaji then apa yg depa buat untuk kita. Itu persoalan dia. Depa plak yg duk pi buat jenayah. Apa cerita. Tu yg ada kes kat Tasik Permaisuri sebelum bulan puasa hari tu, 2 polis kene belasah dgn mat rempit. Yg paling best a week before ada kejadian polis tembak org awam dekat trengganu. Then masa kejadian dkt tasik tu, walaupon siang dan ramai org tapi smua org buat tak tau ja polis tu kene belasah. Ada 2 teori aku napa org xtolong depa, satu mungkin takut polis tu tembak org sesuka hati, jadi buat apa nak tolong kang aku lak dia tembak. Kedua mmg org dah menyampah dah nak campor masalah pertahanan awam ni. Nampak dak, org ramai tolong penjenayah plak dalam hal ni.

Korang mungkin kata, ala, satu dua kes ja yg jadi hal mcm ni. Xkan sebab nila setitik kita nak tuduh satu belangan susu xelok. Konsepnya mudah, pada aku pertahanan awam patut 'ZERO JENAYAH' sbbnya depa ni penegak undang2. Klu nak buat jenayah, xpyh join pertahanan awam. Trus ja jadi penjenayah. senangkan. Yg aku xleh trima bila depa ni yg berjawatan duk komplot kenekan bos depa. Ketua Polis Negara. Mmg haram jadah la pada aku. Ni bukan company Sdn Bhd beb, korang tu goverment Servant nak buat office politic mcm tu. Pas tu bila kene tahan dan dibacakan pertuduhan, duk muka macam xbersalah ja. Pada aku depa2 ni patut dijatuhkan dalam akta 302. Gantung, penjara seumur hidup atau sebat maximum. Ni stakat kene denda sana sini. Aku pon boleh tolong bayarkan.

Dan satu perkara lagi aku tgk org2 kat pertahanan awam ni jenis buat keje xpakai utak. Korang ikut dak kes yg kene tembak depan rumah tuk serbu rumah yg ada dadah kat sg buloh last week. Xklaka ker, depa duk nak serbu, tgk2 penjenayah ni datang dari belakang dan tembak drg. Penjenayah tu lagi pandai guna utak. Bak kata KPN, depa buat keje xikut SOP. Pada aku mmg pon. They should use brain and follow the rules. Ni la jadi bila buat keje ikut suka hati. Buat malu ja, depa sendri xikut peraturan. Nak suh public ikut peraturan. Camna tu.

Apsal slalu polis yg paling banyak kita lihat buat hal. Ok. Sebabnya depa ada peluang. Depa liase ngan duit, liase ngan public. Like saman, road block dan perkara2 lain. Klu bomba, depa cuma liase ngan api. Klu askar, depa cuma liase ngan hutan dan senjata. It happen also to other field selain polis dalam hal jenayah ni. Aku penah face satu hal ngan askar kat mindef. We got a job to supply laptop dkt kakitangan. But korang tau depa mintak aku for each laptop dia nak 40% dari sales. Lancau apa. Klu harga kos laptop RM1000. Aku markup 30% makna aku jual RM1300. But bila depa mintak 40% aku kene markup barang tu 70%. Jadi aku jual almost 100% dari harga kos. RM1700. Sapa nak bli beb. Gile depa ni. Tu aku ckp. Tak guna utak. Ego tinggi melambong, cakap nak menang ja. Tapi jelas kurang bijak. Bengang tol aku.

Aku bukan nak taruk geng2 pertahanan awam, tidak. cuma kita kene sama2 pikir apsal truk sangat depa ni skang. We pay them to serve for us. Apasal lak kita xleh dapat service yg baik dari depa2 ni. Klu korang tgk kadang2 depa treat kita mcmmana. Tahan kereta kita macam kita dah langgar org sebelum ni. Cakap pon mcm xda budi bahasa. Sapa nak hormat. Walau jahat macammana org tu pon, kita kene guna budi bahasa dan etika kerja yg betul. Baru org hormat kita. To KPN, it a hard moment for u to change all this and if u fail, i don't think so there is another capable people can do this.

Satu lagi perkara yg aku nak share untuk kita pikirkan. Untuk smua unit pertahanan awam ni dihandle oleh satu department dalam kerajaan. Kementerian keselamatan dalam negri klu aku xsilap. Ok. Dalam konsep perlembagaan, Pertahanan awam dan kehakiman adalah satu bidang kuasa executive dimana dibawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong dan tidak boleh dicampur adukkan dengan kerajaan. sama jugak kakitangan awam. Depa berkecuali sepatutnya dari kerajaan sebab depa bukan kerajaan dan kerajaan bukan depa. Kerajaan boleh bertukar ganti but kakitangan awam masih disitu kene serve sapa saja yg menjadi kerajaan. Tapi skang konsep tu dah terbalik. Kerajaan adalah depa dan depa adalah kerajaan. Tu pasal kita tgk byk sangat campurtangan kerajaan dalam hal executive. Sebabnya depa nak org trus sokong kerajaan, but at the same time cara tu akan trus melemahkan sistem demokrasi berpelembagaan tu sendri. Tu pasal hakim ramai bengang bila kuar rakaman video lingam tu. Org kerajaan permainkan sistem executive.

Korang tgk la sendri dalam setiap bidang, sukan ker, industri ke, company ker, musti ada ahli politik dari kerajaan. Then apa jadi pada bidang2 tu. Contoh sukan. Hancur. Sbb letak org politik kat situ. Depa ni bukan kaki sukan. Depa ni jenis pandai ckp ja tapi zero. Duit habis, sukan tah kemana. Sama gak dalam kes pertahanan awam. Pada aku depa patut berkecuali dan berada dalam sistem executive tu sendri. Xperlu ada campurtangan kerajaan secara total.

K la. Aku demam lagi pagi ni. Tu yg duk merapu tu. Apa2 pon, kita sama2 berdoa supaya ada satu perubahan besar dalam sistem kita dimalaisi ni. On 10/11/2007 akan berlaku GELOMBANG KUNING dimana satu petisyen pada Yang Dipertuan Agung akan dihantar oleh 100,000 ribu (or mungkin lebih) rakyat malaisi. Nyatakan sokongan anda dengan mengenakan apa sahaja yg berwarna kuning dibadan anda pada hari itu.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Rujukan
Polisia Kantorey Dan GELOMBANG KUNING Polisia Kantorey Dan GELOMBANG KUNING Reviewed by kuchalana on 1:36 PM Rating: 5

2 comments:

SamWise said...

ni mesti kes ko dpt sman tak bertempat tu...sbb tu topic kuar asyik mengate polis je hehehehe....tak pun ko memang anti dengan polis...huhu...ape kes??? biarla diorg tu asalkan diorg bahagia...kang aku amik idea ko ckp ngn bakal bapak mertue aku...haru piru jadinye...maunye kena reject...hehehe....ur opinion is good but i dont think people cant be bothered about it...pendapa aku la... :)

Anonymous said...

sekadar pandangan aku ja. aku nak org tau apa yg aku pikirkan. nak trima ka idak. aku xkisah. c yesterday about one guy from peace hill. dgn angkuh dia hentam org sana sini pasal kes RM27juta. pada aku, klu ko xsalah buat apa nak malu or takut. just let it be. Siap halau pemberita blog tu.

Powered by Blogger.